Sunday, June 17, 2012

buat AYAHANDA

Assalamualaikum w.b.t & hey hey dunia.
FB sana, FB sini, twitter sana, twitter sini, blogging sana, blogging sini. semua dengan ucapan dan hadiah masing-masing untuk insan tercinta.
ya.
esok katanya FATHER'S DAY.

ya ya.ada yg beranggapan sambutan itu salah.ada yang beranggapan, semua bergantung kepada niat.
kalau tanya diri ini, simple. aku pegang 3 kata kunci. CARA, NIAT & SIAPA. 
CARA - mcm mana kita memperingati hari itu
NIAT - Faktor kita sambut
SIAPA - dari siapa untuk siapa kita lakukan?

semuanya berbalik kepada akidah dan kepercayaan kita. jangan terikut dan jangan hanya mengikut.jgn terlalu taksub menentang semuanya, dan jgn terlalu menentang apa yang betul.
HARI AYAH.
apa pun panggilan yang aku, kamu, dia, kita, mereka guna
AYAH, DADDY, ABAH, BAPAK, BABA, AYAHANDA, PAPA dan macam-macam lagi..
mereka semua INSAN yg sama untuk kita

BELIAU
 insan yang bertakhta di hati kita kan?
untuk DADDY aku, ENCIK JULMOHAMMAD BIN SAURAGAL...
dengan rasa rendah dirinya, ipik sgt2 berterima kasih untuk semua. SEMUA, terlalu banyak. 
sangat bersyukur pada Allah S.W.T sebab dikurniakan seorang Ayah yg cukup sempurna hendakNya. 
terima kasih Allah.

si DADDY,
dalam ramai-ramai adik-beradik aku, aku yang akan di back-up bila bergaduh.
aku yang boros.
aku yang paling xserius.
aku yang kuat main.
aku yang kuat gelak.
aku yang selalu mahu banyak benda.

tapi,
walaupun aku begitu,
si DADDY tetap sayang semua. si DADDY tetap sediakan apa yang patut.
dulu, mungkin aku tidak pernah tahu susah senang si DADDY cari duit utk sara wifey tcinta,  dan 7 org cahaya mata kurniaan Allah
dulu, aku mungkin selalu cakap si DADDY jahat sebab xbelikan aku itu ini
dulu, mungkin aku pernah terdetik si DADDY xadil sebab marah aku xtentu pasal

ya.itu dulu.sebelum proses tumbesaran DUMEX.
hari ini, Allah bagi peluang.untuk kita sedar.untuk kita hargai si DADDY yang dimaksudkan.
aku xmintak banyak dari Allah. yang aku mintak, aku titipkan dalam setiap doa si setiap sujudku,

AMPUNI DOSA ORANG TUA KU YA ALLAH,
PELIHARA MEREKA DARI SEGALA KEJAHATAN,
SEMOGA MEREKA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK,
DAN
SEMOGA MEREKA DITEMPATKAN DI SYURGAMU SATU HARI NANTI.

doa sekecil ini, aku yakin Allah dengar. aku yakin Allah syg hambaNya.
cuma ini pintaku. andai satu hari nanti, satu hari..yang aku sendiri tidak pasti bila
Allah S.W.T tidak beri peluang untuk aku bahagiakan ibu bapaku..
aku harap doa yang aku titip selama ini,
mampu membuatkan mereka tersenyum menanti aku di syurgaMu, InsyaAllah

aku mungkin jauh untuk salam dan peluk cium si DADDY. 
aku mungkin jauh untuk cakap "SELAMAT HARI AYAH" untuk si DADDY
aku mungkin jauh dari si DADDY
tapi
aku sentiasa ingat untuk jadi yang terbaik untuk si DADDY. 
jadi solehah untuk si DADDY
dan belajar sungguh2 untuk si DADDY

insyaAllah, semoga hatiku terus kuat di sini. semoga aku diberi peluang untuk membahagiakan orang tuaku di dunia. Akhirat ku berserah padaMu ya Allah. 

SELAMAT HARI AYAH, DADDY !


i love you, i really do! 

ikhlas, dari Ipik

AWAK YG CUTE, SILA LAH LIKE =)

Monday, June 11, 2012

i was born to be SOMEBODY

Assalamualaikum w.b.t and hey hey dunia !
Alhamdulillah, genap 7th June 2012 aritu bersamaan dengan hari khamis, tamatlah exam semester 6. what can i say is, USAHA sudah, DOA sentiasa dan sekarang, TAWAKAL dengan semuanya.
insyaAllah, i've done my very best. harap2 dpt result best.
AMIN AMIN AMIN.

pasal tajuk di atas...heheheh.
aye aye. i just love bieber's songs.bukan bibir yooo.i know most of us, i mean my coursemates (TESLIANS) , so so so NOT into him. HAHAH. and u guys know, i loved him kan? heeeeee
tetiba teringat BBQ teslians where I'm leading the Baby's song..baby baby baby..woooo
okay.enough enough.

the thing that i want  to say is, 
yeah, i was born to be SOMEBODY.
love the lyrics.
love the song.
love it.



click here

best kan?
and yeah. 
not only me,
we were born to be SOMEBODY, God Willing
InsyaAllah


till then, see ya peeps!

AWAK YG CUTE, SILA LAH LIKE =)

Saturday, June 2, 2012

Semester 6

Assalamualaikum W.B.T and hey hey dunia.heeeee
agaklah berhabuk jugak blog aku ne.lama bebenor xhupdate. seriously speaking (ayat sama tiap2 sem), sem ne sangat busy.hectic life ever. semester 6 yang sangat comel dan comel sangat.
semester ne kena submit PROPOSAL untuk FINAL YEAR PROJECT, action research  yg sangat memeningkan kepala comel ini dan assignments yg sangat ramai =.=

time management sem ne? perghhh.memang sangat teruk. tahniah SHEILA ! makin lama makin xpandai urus masa sendiri kan? sigh..mintak maaf diri ini.mintak maaf sangat-sangat sebab buat kamu penat.
penat sangat kan sem ne?
tapi jgn risau, sebab Allah S.W.T xkan uji hambaNya melebihi kemampuan mereka
sentiasa jadi pegangan aku


hehehe.Alhamdulillah semalam last day untuk kuliah semester ne.
at last, at last, berakhir jugak minggu2 stress dengan assignments yang mencucuk jantung dan perasaan ini.
heeeee. focus skang, FINAL EXAM !

final exam for this semester ada 3 papers, and paling EXCITEDnya...3 papers yg berturut-turut
Tahniah! 

haihhh.da la study week xda. exam la 3 ari berturut-turut.xpa2..buat yang terbaik kan SHEILA?
papers sem ne ialah :


5th June - Sociolinguistics 
6th June - Reflection in Classroom Practice
7th June - Literature for Young Adult



insyaAllah, usaha sehabis mungkin, doa padaNya selalu...harap2 aku, kawan2 aku & pelajar2 UPSI sekalian dapat wat yg terbaik untuk exam kali ne.

dear kamu yang membaca,
doakan yg the best untuk saya. sayang kamu !


ya Allah ya Tuhanku, semoga NORSHEILA JULMOHAMAD dipermudahkan untuk menjawab exam kali ini.semoga kejayaan menjadi miliknya dan semoga dia memperoleh keputusan yang cemerlang. insyaAllah. Amin Amin Amin. Amin yarabalalamin~

terima kasih cinta untuk semua yang mendoakan. 

AWAK YG CUTE, SILA LAH LIKE =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...