Monday, October 24, 2011

Dear HEART

Salam & Hey Dunia
hoho..berehat sebentar ngan roti butterscotch yg menjadi ketagihanku skang + milo panas =)
jom blogging pasal hati nak?
jiwangzzzz

kita semua ada kawan kan?
dalam persahabatan banyak perkara yg boleh berlaku, sama ada yg manis / pahit...dalam persahabatan juga...kecik ati tuh mcm asam garam seharian da..mustahil dlm persahabatan xpena rsa kecik ati..aku pas godek-godek blog org jumpa lah benda ne..jom share..hehehe



1. Ditikam dari belakang oleh kawan. Bukan tikam dengan pisau ye.. Depan baik belakang buat cerita sana sini. Perkara ini selalu berlaku dan kadangkala menyebabkan permusuhan antara satu sama lain.

2. Bergurau kasar tak kena tempat. Kadangkala ada diantara kawan yang mempunyai mulut yang agak celupar tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tak semua orang boleh menerima cara gurauan kasar. Ada yang kecil hati dengan gurauan tersebut.

3. Sudah diberi pertolongan tapi tak beri penghargaan. Kadangkala tu buat tak reti je kalau kawan tu pula minta pertolongan.


4. Lupakan kawan bila sudah berjaya. Rasanya yang ni terjadi kat saya. Ada yang memang baik kat sekolah atau kat IPT tapi takde tanya khabar pun. Nak kata sukar nak cari memang tak munasabah terutamanya dengan perkembangan laman sosial sekarang ni. . ‘ Begitulah manusia. Banyak ragamnya kan?’ (meminjam ayat seorang blogger terkenal – cam takde kena mengena je.,. huhuhu).

5. Tak bayar hutang. Yang ni pun rasanya selalu berlaku. Masa takde duit, sanggup tebal muka pinjam. Nak bayar sikit punya liat. Kawan yang bagi hutang serba salah nak minta.

6. Dah bertahun tak tegur, tiba-tiba perli/terjah suka-suka kat wall facebook/twitter. Eh, lain macam je situasi dia kan? Hehehehe..

7. Perli-perli kawan. Sesekali mungkin dia boleh terima tapi kalau setiap kali jumpa, memang nak lari je lah gamaknya.. Hehehehe..

mne 1 korg pena kecik ati? heee~

mukadimah aku bapak panjang.heee~ ada sorg kawan aku pena cakap..dlm persahabatan xleh berterus terang sgt...kdg2 ada certain things yg kte xleh gtau utk kepentingan..ye ea?
tah la.aku ne pelik sikit kot.sikit ke? banyak kot.hoho
aku jenis sgt2 terus terang.xleh simpan la derrrr lama2...kang abis ulu2 ati aku merana.HAHA~


Aku selalu ingatkn diri sendiri....jgn panjangkn kecik ati tuh dlm persahabatan..xelok kan? baik lak aku.huhu...orang ckap kalo da xleh tahan, cubalah elakkan diri
yes.tpi kdg2 elakkan diri tuh xselesaikan masalah kan?
its just that...we have the right to our own HEART..

xda siapa yang berhak buat kita sedih tanpa izin kita kan?
sebab kita adalah kita.HOHO~



p/s: penat aku merepek pagi-pagi ne.kbai~

AWAK YG CUTE, SILA LAH LIKE =)

2 Orang Cute Makan Karipap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...